2 3 Shuhada Hassan: Orang besar

My Social Networks

Orang besar

Assalamualaikum :) Malam ni i tak dapat nak tidur even the clock shows its already 1.14 AM but me eyes won't shut. Macam mana nak tutup bila laptop atas katil lagi kan. I nak cerita pasal yang berkaitan dengan tajuk atas ni. I ingat dah jadi orang besar ni makin senang hidup sebab dah akil baligh dan boleh nak bezakan mana baik buruk. Tapi apa yang i alami disebaliknya. Masa kecik kecik dulu takut nak buat itu ini sebab takut kena bakar dengan api neraka. Takut nak melawan cakap mak ayah sebab takut jadi macam Si Tanggang. Even nak ke toilet pun nak bagitahu mama i sendiri. Naif kan ? Biasalah budak budak. Tapi kenapa kita tak macamtu bila dah besar ? Nak katakan taklah besar mana pun. Still sekolah lagi kan. Duit pun mak ayah yang tanggung.

Sifat kurang ajar bertambah bagi yang sudah bekerja pfftttt gaji tak sampai RM2000 cakap dia nak kita je dengar. Cuba kalau gaji dia RM10k sebulan ? Mahu dunia ni dia yang pegang. Cakap kita langsung tak peduli. Dapat kelulusan tinggi sampai tahap PhD pun tak boleh nak kemana sebab takde adab. Tegur siket tak pernah nak dengar. Melenting lagi adalah. Dengan mak ayah pun buat macam tu. Astaraghfirullahalazim. Cuba ingat balik siapa yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Sakit perit ibu kita yang melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu.

Bila ibu minta pertolongan duit siket mulalah dia nak mengungkit cerita dulu. Anak jenis apa ini ? Biasalah kalau orang hidup serba sederhana ada masalah kewangan. Siapa je yang takde atau tak pernah mengalami masalah kewangan. Semua pernah kan. Kalau tak pernah tu mungkin rezeki dia diberkati-Nya. Syukur alhamdulillah :) Tak pernah ke dalam fikiran dia terlintas sekali pun bagaimana kesusahan hidup ibubapanya menanggung pembelajarannya. Anaknya telefon bila kehabisan duit. Tak pernah langsung dia nak menanya khabar bagaimanakah keadaan orang tua dia. Tak pernah ibubapanya mengadu nasib dekat si anak yang lain. Semuanya kelihatan baik sahaja. Hati mereka pernah si anak ambil peduli ? Anaknya tahu nak berfoya-foya lepak sana sini guna duit mak ayah. Nak bebas sangat. Tak perlu rasanya nak hidup terlalu sosial. Atau anaknya sudah culture shocked ? Itu persoalannya sekarang

Harapan ibubapanya mahukan anaknya berjaya di dunia dan di akhirat. Pandai jaga diri , adap sopan , maruah diri serta maruah keluarga. Harumkan nama keluarga. Ibubapa tak pernah mengharapkan anak anak bagi emas satu guni setiap bulan. Belian permata tinggi macam Gunung Kinabalu. Duit melimpah ruah macam dekat air sungai. Tapi mereka cuma mengharapkan doa anak anak untuk kesejahteraan hidup mereka. Iringan bacaan Yaasin bila mereka tiada didunia. Dosa dosa kita yang mereka tanggung sebelum ni nak ditambahkan dengan dosa mereka sebelum ini. Mampukah segala amalan ibadah ibubapa menanggung semua itu ?

I buat post ni bukan atas niat nak menyindir. I pun tak sempurna seperti Nabi Muhammad S.A.W yang terlalu mulia hatinya. Takde sekelumit perasaan marah pun pada diri baginda I ni manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Sering alpa pada Maha Esa. I buat post ni pun untuk diri i jugak. Buat refleksi diri. Mari kita ramai ramai kurangkan buat maksiat. Kurangkan sifat hasad dengki pada orang. Tambahkan sifat penyabar dan cintakan pada yang Esa. Kasih pada Rasulullah. Jangan memaksa diri kita menjadi sempurna secara tiba tiba 100%. Kita buat perlahan perlahan. Nanti lama lama kita boleh buat banyak siket dan insyaAllah ia akan jadi sempurna bila kita ada sikap penyabar dan redha. InsyaAllah :) Alhamdulillah mata i dah boleh nak tutup lepasni i nak pergi cuci muka , basuh kaki , baca doa , serbu katil lagi dan tidur. Jumpa dilain hari , assalamualaikum :)

P/S :
Post kali ni memang tak sesuai bila dengar lagu Rihanna dalam blog ni dan bila korang tengok tuan muka punya blog ni. But who cares ?

Lots of love : Nur Shuhada Hassan

0 Kisses form Chico: