2 3 Shuhada Hassan: Damnnnnnnnn -,-

My Social Networks

Damnnnnnnnn -,-

Okay I stress gilaaa! Hampir setiap hari dengar benda yang sama , dengar suara-suara sumbang membebel. " Shuhada itu... Shuhada ini " Apa masalahnya ? Setiap hari I mengharapkan hari yang tiadanya kedengaran suara-suara sumbang itu mengarah itu dan ini. Tetapi i mahukan suara itu memuji dan bangga atas apa yang i telah buat. Hari yang buat i faham apa itu composite function dan bagaimana jalan kerjanya. Menyesal tak sudah sebab tak datang Jumaat lepas. Terlalu banyak yang i tertinggal. Alangkah indahnya malam bila i siap kerja rumah matematik tambahan dengan perasaan bongkak sambil berkata " Senangnya add math ni , tak sabar nak belajar topik baru " Sabar Shuhada :*

Ekonomi Asas : Habis rehat tadi , Nazirah cakap dekat i yang cegu mengamuk dekat siapa yang tak hantar modul latihannya. Okay , i tahu i tak hantar kerja dia. I tahu i salah dan yang paling penting i tak reti nak buat macam mana. Dia panggil nama-nama yang tak hantar modul latihan. Nama i dia tekankan. Maka bermulalah konsert percumanya , " Awak ni layak ke jadi penolong kelas ? Sepatutnya awak yang kena kutip buku murid lain dan letakkan dimeja saya , ni awak yang tak hantar " Diam sambil memikirkan jawapan yang sesuai agar munasabah sedikit. Kemudian saya menjawab " saya tak datang cikgu " nada yang geram ku kedengaran dengan bebelannya. " Alasan! Blablablablablablablablablabla... " mulutnya potpet tak ubah macam radio buruk. Hatiku yang panas membara terpaksa disabarkan dengan segera. Dia seorang guru Ekonomi Asas yang mengandung. Cacian dan maki hamun ku terhadapnya didalam hati. Penat badanku berlari dari tingkat 2 mengerjakan kelasnya tadi ke tingkat 4 belum habis ditambahnya dengan kerja rumahnya. Sabar Shuhada :*

Menyampah dan terasa diriku ini diperlakukan sepeti hanba yang datang menyembah dekat budak tingkatan 3. " Tolong datang petang ni tau , ada perjumpaan unit uniform " merdu suara ku ucapkan berserta senyuman manis. Haihhh nak kata dieorang fokus dekat PMR ? Hell-oh! I ni pun kawad jugak tahun lepas , langsung tak menjejaskan pelajaran kau tu. Dengan tuisyen lagi , sempatlah jugak i buat semua tugas i sebagai murid. Nak kata jaga kulit ? Muka i ni lagi putih bersih daripada muka korang okay. Jangan nak perasan cantik. Takut sangat muka kau hitam , padahal memang semulajadi muka kau hitam pun. Alasan! Muka kau boleh putihkan balik. Pakailah bedak sejuk kalau nak sangat muka kau tu nampak gebu. Semua orang penat , semua orang kena jemur bawah matahari nanti. Tapi korang ? Takpe takpe. Sabar Shuhada :*

Selagi i boleh sabar dengan semua ni. I sabar dengan badan i yang tak cukup tidur dan rehat. I masih menunngu hari Sabtu ni dengan sabar dan redha je atas apa yang berlaku. Minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang ada menghantar SMS kepada saya dan saya tidak membalasnya. Saya terlalu sibuk dengan rutin harian saya sehingga saya tidak cukup masa untuk rehatkan badan saya. Sampai disini sahaja post i kali ni. Harap dapat jumpa lagi ye. Assalamualaikum :)
Lots of love : Nur Shuhada Hassan



0 Kisses form Chico: